tag:blogger.com,1999:blog-60683135945759572492024-03-14T11:41:32.249+08:00TAMAN BUKIT DESAUnknownnoreply@blogger.comBlogger12125tag:blogger.com,1999:blog-6068313594575957249.post-9553384291330294452009-03-15T18:36:00.002+08:002009-03-15T18:40:16.184+08:00MBI roboh plak pokok demokrasi
IPOH 15 Mac — Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini merobohkan plak peringatan ’Pokok Demokrasi’ yang dibina oleh Pakatan Rakyat untuk memperingati peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok pada 3 Mac lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri Dr Mah Hang Soon berkata tindakan meroboh plak itu adalah mengikut undang-undang kerana pembinaannya merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 iaitu menyebabkan halangan di tempat awam.

“Saya tidak anggap kes ini sebagai satu kes yang istimewa kerana sebarang pembinaan secara haram tanpa kebenaran MBI akan diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang,” katanya mengulas mengenai tindakan pekerja MBI membersihkan kawasan berkenaan pagi ini.

Semalam, MBI mengeluarkan notis mengarahkan pemilik plak ’pokok demokrasi’ yang terletak di Medan Istana di sini supaya merobohkan tugu berkenaan dalam tempoh 24 jam.

Notis itu ditampal pada pokok hujan berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan dan menjadi tempat persidangan 27 Anggota Dewan Undangan Negeri pembangkang yang gagal memasuki Dewan. Persidangan yang dikatakan tidak sah itu meluluskan tiga usul termasuk pembubaran DUN.

Notis yang ditandatangani Pegawai Undang-undang MBI, Syahrul Azrin Ghazali bagi pihak Datuk Bandar Ipoh menyatakan pembinaan tugu itu menyalahi Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana menyebabkan halangan di tempat awam.

Dua hari berturut-turut sebelum ini, plak berkenaan telah dipecah dan disimbah cat oleh pihak yang tidak diketahui.

Sejak dibina dan penanaman lima anak pokok hujan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin minggu lepas, kawasan berkenan menjadi tumpuan ramai pelawat.

— BERNAMA

p/s: hahahaha... elok la dirobohkan. menyemak mata memandang. dah takde benda nak tarik perhatian rakyat PR ni.. macam ni nak memimpin negara.. ceh.. pigirahhh

Unknownnoreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6068313594575957249.post-31579603576142504662009-03-02T16:08:00.001+08:002009-03-02T16:10:05.668+08:00Abdullah tetap serah kuasa

HUA HIN, Thailand 1 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, beliau tetap berpegang pada rancangan untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas pemilihan UMNO akhir bulan ini.

“Itu adalah pelan yang telah dibuat dan kita perlu mengikut pelan tersebut,” katanya pada sidang akhbar bersama wartawan antarabangsa selepas berakhirnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-14 di sini hari ini.

Abdullah berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak serentak dengan penyerahan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO dari 24 hingga 28 Mac ini.

Perdana Menteri yang diminta mengulas khabar angin bahawa beliau tidak mahu menyerahkan jawatan itu kepada Najib selepas persidangan UMNO berkata, soal tersebut tidak timbul kerana persetujuan untuk peralihan kuasa telah pun dipersetujui.

Najib dijadual mengambil alih kepimpinan negara selepas Abdullah yang juga Presiden UMNO tidak berhasrat mempertahankan jawatannya.

Najib menjadi satu-satunya calon Presiden untuk pemilihan UMNO Mac ini dan secara tradisinya, Presiden UMNO akan memegang jawatan Perdana Menteri.

Setakat ini tiada tarikh rasmi penyerahan kuasa itu, tetapi beberapa portal berita termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia-Instinct.com melaporkan, Abdullah akan melepaskan jawatan Perdana Menteri secara rasmi pada 31 Mac.

Berdasarkan pelan peralihan kuasa yang disebut portal berita berkenaan, Najib kemudiannya akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet pada keesokannya, 1 April.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai jumlah peruntukan dalam bajet mini yang akan diumumkan nanti, Perdana Menteri berkata, ia lebih besar daripada pakej rangsangan sebelum ini.

“Saya tidak boleh menyatakan jumlah pakej tersebut. Tetapi ia lebih besar daripada pakej yang diumumkan pada November lalu.

“Jadi anda semua perlu tunggu kerana ia akan diumumkan pada 10 Mac ini,’’ jelasnya.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6068313594575957249.post-15563586935830193042009-01-25T19:27:00.002+08:002009-01-25T19:32:11.652+08:00BN perlu perubahan drastik - Muhyiddin

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Barisan Nasional (BN) kini melalui ujian paling getir dan jika tidak ada tindakan drastik diambil untuk menangani kemerosotan sokongan maka gagasan pemerintahan itu mungkin menghadapi kemusnahan.

Calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata walaupun BN merangkumi 13 parti komponen khususnya UMNO cuba memperbaiki imej parti untuk meningkatkan keyakinan rakyat dan lebih banyak usaha perlu dilakukan dengan segera.

"Kita tidak bekerjasama dalam usaha kita. Oleh kerana kita lambat melakukan perubahan, ramai berpendapat UMNO tidak akan berubah. Jika ambil masa terlalu lama untuk berubah maka orang tidak akan menunggu untuk kita.

"Situasi kekalahan dua pertiga majoriti BN di Parlimen selepas pilihan raya umum Mac tahun lepas masih tidak berubah.

"Kita perlu lebih berkesan dan melaksanakan perkara luar biasa pada masa luar biasa," katanya pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin di Mines Golf and Beach Resort di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata UMNO bukan sahaja tulang belakang BN yang perlu berubah tetapi juga parti komponen lain sama ada di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak.

"Situasi akan bertambah teruk jika kita menunggu lama untuk melaksanakan perubahan. UMNO mesti memimpin dalam melakukan perubahan drastik. Kita khuatir dengan situasi ini," jelasnya.

Beliau berkata, terdapat banyak program yang perlu dilaksanakan dan pemimpin akar umbi perlu bekerjasama dengan pemimpin atasan untuk melaksanakan perubahan tersebut.

Mengenai ekonomi negara, Muhyiddin berkata, keadaan Malaysia adalah lebih baik dalam menghadapi krisis ekonomi global berbanding negara lain.

Beliau yang baru kembali dari mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam rangka lawatan ke Bahrian, Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE), berkata walaupun negara tidak mengalami kemelesetan ekonomi namun situasi ekonomi global tidak berkembang.

"Rakyat Malaysia harus tabah menghadapi perubahan. Walaupun kita tidak menghadapi kemelesetan ekonomi namun perlu mengambil langkah meringankan impak krisis ekonomi global," katanya. - BERNAMA

p/s: harapan rakyat yang masih terus menyokong BN 'segerakanlah.....'

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6068313594575957249.post-83278379367590031072009-01-13T02:01:00.002+08:002009-01-13T02:07:23.878+08:00DAP MAIN WAYANG KULIT DI KT

PULAU PINANG 11 Jan. - Pertikaian pendapat dan sikap dolak-dalik pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang berhubung pelaksanaan hukum hudud tidak dapat diterima pengundi Cina di Kuala Terengganu.

Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai berkata, beliau amat yakin pengundi Cina akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil 17 Januari ini kerana mereka sememangnya menolak pelaksanaan hukum tersebut.

Katanya, DAP juga perlu memohon maaf kepada pengundi Cina di kawasan berkenaan kerana membuat kenyataan yang mengelirukan berhubung isu hukum hudud.

"Pendirian pakatan pembangkang dalam isu hukum hudud terutama DAP tidak konsisten. Pas mahu hudud, DAP tak setuju dengan Pas tetapi mahukan sokongan pengundi Cina dan juga mahu memenangi hati pengundi Cina.

"Apa ini? Mereka hanya main wayang kulit dan tidak meletakkan rakyat di hati. Kini, mereka sedang kelam-kabut dan tidak tahu apa yang patut dilakukan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat MCA negeri di sini hari ini.

Tiong Lai yang melawat Kuala Terengganu baru-baru ini berkata, MCA sentiasa tegas dengan pendiriannya dalam isu berkaitan hukum hudud dan secara terus-terang menolaknya.

Beliau berkata, MCA akan memberi penjelasan kepada pengundi Cina bahawa hukum hudud tidak sesuai dalam konteks masyarakat dan budaya di negara ini yang bersifat majmuk.

Oleh itu katanya, pengundi Cina perlu memberi sokongan padu kepada calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh supaya kemenangan berpihak kepada BN kelak.

Katanya, sokongan pengundi Cina di Terengganu penting kerana ia dilihat dapat membantu mempertahankan sistem sedia ada, sekali gus mengelakkan keharmonian antara kaum yang dinikmati selama ini mengalami kehancuran.

"MCA kini giat menjalankan kempen memberi penerangan kepada pengundi Cina supaya mereka tidak dikelirukan dengan wayang kulit mainan pemimpin parti pembangkang," ujarnya.

Katanya, beliau juga amat gembira melihat reaksi pengundi Cina di Kuala Terengganu terhadap aktiviti yang dijalankan bersama Wan Ahmad Farid.

Biar pun suasana kempen di kawasan berkenaan agak sengit namun beliau yakin usaha calon BN dan komitmen ahli komponen parti yang lain memberi keyakinan BN mampu mempertahankan kawasan itu. - Utusan

p/s - bukan wayang kulit tapi Opera Cina......

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6068313594575957249.post-2074937354622232392009-01-07T12:48:00.003+08:002009-01-07T20:00:14.037+08:00PRK Kuala TerengganuMelihat pada hari pencalonan BN nampak selesa untuk mengekalkan kerusi di Parlimen Kuala Terengganu. Diharap prestasi UMNO dan BN begini akan berterusan sehingga hari pembuangan undi. InsyaAllah rakyat di Parlimen tersebut akan terus menyokong BN demi kesejahteraan dan pembangunan. Kepada petugas-petugas BN bekerjalah dengan penuh hemah dan bertanggungjawab agar kita terus kekal di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6068313594575957249.post-83057279028959399152009-01-01T09:16:00.003+08:002009-01-01T22:34:28.352+08:00TAHUN BARU 2009
Salam..

Tahun baru menjelma kembali. Moga tahun 2008 menjadi sejarah yang harus dikenang oleh parti keramat kita UMNO. Tahun yang mengharu birukan senario politik negara. Jadikanlah ia sebagai satu pengajaran agar kita bisa bangkit dengan lebih gagah menentang arus politik yang berbeza dari masa lalu.

Kini 2009 muncul dengan lembaran kita harus berdepan Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Marilah kita dari setiap Bahagian bergabung tenaga untuk memastikan tahun ini kita akan menjadi parti yang terus relevan untuk orang melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya, dengan menjadikan Kuala Terengganu pencetus kemenangan yang berterusan.

Hidup MELAYU!!!!!

-setiausaha-Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6068313594575957249.post-55020919597999808502008-12-28T11:08:00.006+08:002008-12-28T11:22:31.023+08:00Tuanku Ja’afar mangkat

YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada pukul 11.45 pagi semalam. Baginda berusia 86 tahun.

Jenazah Almarhum baginda ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan esok selepas solat Asar. Pelantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru akan diumumkan esok sebelum jenazah Almarhum Tuanku Ja’afar disemadikan di makam diraja Seri Menanti.- Utusan

p/s - Innalillahhiwainnalillahirajiuun. Mati adalah pasti, hidup insyaAllah.. Kami Umno Bukit Desa mendoakan moga ALLAH mencucuri rahmat ke atas Almarhum Tuanku Ja'afar dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah...

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6068313594575957249.post-4308849101211644762008-12-22T15:11:00.002+08:002008-12-22T15:19:32.896+08:00Polis minta semua patuhi undang-undang

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Polis meminta semua pihak yang terlibat dengan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini supaya mematuhi undang-undang dan peraturan bagi menjamin kelancarannya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Shukri Dahlan telah diarah mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang.

Beliau berkata, bagi pasukan polis, segala persiapan menghadapi pilihan raya kecil itu berjalan lancar termasuk keperluan logistik dan keanggotaan mencukupi.

"Saya sudah melawat Kuala Terengganu baru-baru ini dan persiapan sedang dijalankan. Jika semua patuh kepada undang- undang, tidak akan timbul masalah pada pilihan raya kecil ini.

"Kita akan pastikan pilihan raya kecil ini berjalan dengan licin, saya telah arahkan Ketua Polis Terengganu (Shukri) buat keputusan bijak dan tegas berhubung pematuhan undang-undang," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan program merakyatkan seni budaya komuniti beruniform anjuran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Pilihan raya kecil tersebut diadakan berikutan kematian mengejut penyandangnya, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada 28 November lalu.

Sebelum ini, Shukri menganggarkan lebih 3,000 anggota polis akan bertugas semasa pilihan raya kecil itu dengan ditempatkan di pusat-pusat mengundi serta beberapa kawasan yang dikenal pasti. - Utusan

p/s: kepada Pemuda UMNO yang bakal menggempur KT.. bawak banyak bersabar. InsyaAllah kemenangan berpihak kepada BN.

Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6068313594575957249.post-64523208737970532862008-12-01T14:50:00.000+08:002008-12-01T14:55:01.377+08:00Apa dosa melayu terhadap bukan melayu?
MENGAPA kaum bukan Melayu tidak henti-henti membangkitkan isu ketuanan Melayu dan apa sahaja perkara berkaitan Melayu?

Seolah-olah Melayu kini menjadi musuh bukan Melayu, lantaran apa sahaja yang menjadi milik Melayu termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan sentiasa dipersoalkan.

Apa dosa orang Melayu terhadap bukan Melayu? Apa kurangnya orang bukan Melayu jika dibandingkan dengan kedudukan orang Melayu yang merempat di tanah air sendiri.

Apa tuntutan bukan Melayu yang gagal dipenuhi kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan? Sengkek benarkah keadaan orang bukan Melayu di Malaysia sehingga tanpa henti mereka mempertikaikan hak orang Melayu.

Apa sebenarnya maksud tersirat di sebalik tersuratnya tuntutan demi tuntutan agar hak orang Melayu dihapuskan dan tuduhan bahawa ketuanan Melayu tidak lagi relevan.

Tentunya, orang bukan Melayu mahu orang Melayu bersaing dengan mereka tanpa sebarang keistimewaan kerana mereka tahu Melayu tidak akan mampu berbuat demikian.

Dalam keadaan dilimpahi pelbagai keistimewaan seperti yang didakwa oleh bukan Melayu, orang Melayu masih menguasai tangga teratas golongan paling miskin dengan tahap pendapatan di bawah RM1,000.

Malah pencapaian ekonomi orang Melayu pun masih lemah dan tidak dapat menandingi kekayaan orang bukan Melayu di negara ini. Begitu juga dengan kekuatan politik bangsa Melayu yang hakikatnya tidak sekuat mana menyebabkan ia menjadi mangsa ugutan serta hentaman oleh bukan Melayu.

Kelemahan Melayu yang amat ketara itulah hakikatnya yang mendorong bukan Melayu tidak henti-henti 'menyalak' dan menuntut supaya hak Melayu dihapuskan. Jelas matlamat mereka hanya satu - ingin melihat Melayu tersungkur di bumi sendiri sehingga akhirnya kuasa ekonomi menentukan masa depan politik.

Masalahnya orang Melayu hanya gemar bercakap, berhujah dan beretorik setiap kali bersuara untuk mempertahankan hak bangsa sendiri. Hanya laungan kata-kata berkumandang di sana sini namun tiada tindakan bersepadu dilaksanakan untuk menjadikan Melayu satu bangsa yang kuat dan hebat. Segala keistimewaan yang termaktub di sisi Perlembagaan hanya dinikmati oleh segelintir Melayu yang 'bertuah' manakala Melayu serpihan terus dianaktirikan dan merempat di bumi sendiri.

Lebih menyedihkan ada kalangan Melayu yang turut menolak ketuanan Melayu dan tidak percaya kepada hak keistimewaan Melayu sedangkan manusia-manusia itulah yang mengaut keuntungan daripada dasar tersebut.

Hakikatnya, ini bukan masa untuk beretorik atau mempertahankan Melayu sekadar menggunakan 'air liur'. Ketuanan Melayu mesti dihidupkan semula untuk menjadikan Melayu satu bangsa yang dihormati dan disegani sehingga tiada kaum berani memperlekehkan Melayu jauh sekali mempersoalkan hak Melayu untuk terus menerajui tampuk pemerintahan negara.

Kesemuanya itu hanya boleh dilaksanakan jika semua pihak bersatu dan bersungguh-sungguh menjayakan agenda membangunkan Melayu.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6068313594575957249.post-72150871475174236092008-11-27T19:36:00.000+08:002008-11-27T21:01:00.255+08:00PERASMIAN GAGASAN PEMUDA EHSAN

Alhamdulillah..
Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato' Ir Muhammad Bushro bin Mat Johor. Moga ucapan yang diberikan menjadi pemangkin untuk Gagasan merealisasikan matlamat dan objektif sempena pemuafakatan. Terima Kasih YB Dato'.

<col style="width: 48pt;" width="64">

Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6068313594575957249.post-86481066476051144402008-11-27T19:26:00.000+08:002008-11-27T19:44:47.712+08:00Barisan kepimpinan Gagasan Pemuda Ehsan bergambar kenang-kenangan bersama YB Dato' dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang, Sdr. Harisson bin Hassan.Unknownnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6068313594575957249.post-72005511433644216782008-11-24T19:45:00.001+08:002008-11-27T20:59:09.353+08:00Sekapur Sireh... KETUA CAWANGANBismiallahirahmanirahim, Asalamualaikum, pertama-tamanya bersyukur ke hadrat Ilahi dapat mempertemukan kita di ruangan ini buat julung kalinya. Alhamdulillah cawangan ini berjaya mewujudkan blog ini sebagai satu media untuk memperkasakan Umno dan hubungan silaturahim khasnya ahli-ahli cawangan dan Umno Bahagian Subang amnya. Ucapan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang bekerjasama merealisasikan blog ini, kepada ahli-ahli cawangan di peringkat akar umbi, saya menyeru kitalah UMNO dan UMNO adalah kita. Bersama-samalah kita berjuang demi agama, bangsa dan negara kita yang tercinta, hapuskan perasaan dengki, khianat, fitnah serta perkara yang dibenci oleh Allah swt. Marilah kita bermesyuwarah bagi menyelesaikan segala pemasalahan bangsa. Insyallah dengan wujudnya blog ini akan menjadi wadah perjuangan dan titian untuk Umno Cawangan Taman Bukit Desa membela dan memperkasakan orang-orang MELAYU dalam segala bidang. Semoga dirahmati Allah swt. Insyaallah. Berjumpa di lain lembaran. Wasalam.
Salam Perjuangan Melayu.
Cikgu Suhaimi bin Dahman.

Delete
1 – 2 of 2Unknownnoreply@blogger.com0