Sunday, January 25, 2009

BN perlu perubahan drastik - Muhyiddin


KUALA LUMPUR 24 Jan. - Barisan Nasional (BN) kini melalui ujian paling getir dan jika tidak ada tindakan drastik diambil untuk menangani kemerosotan sokongan maka gagasan pemerintahan itu mungkin menghadapi kemusnahan.

Calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata walaupun BN merangkumi 13 parti komponen khususnya UMNO cuba memperbaiki imej parti untuk meningkatkan keyakinan rakyat dan lebih banyak usaha perlu dilakukan dengan segera.

"Kita tidak bekerjasama dalam usaha kita. Oleh kerana kita lambat melakukan perubahan, ramai berpendapat UMNO tidak akan berubah. Jika ambil masa terlalu lama untuk berubah maka orang tidak akan menunggu untuk kita.

"Situasi kekalahan dua pertiga majoriti BN di Parlimen selepas pilihan raya umum Mac tahun lepas masih tidak berubah.

"Kita perlu lebih berkesan dan melaksanakan perkara luar biasa pada masa luar biasa," katanya pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Amal Tan Sri Muhyiddin di Mines Golf and Beach Resort di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata UMNO bukan sahaja tulang belakang BN yang perlu berubah tetapi juga parti komponen lain sama ada di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak.

"Situasi akan bertambah teruk jika kita menunggu lama untuk melaksanakan perubahan. UMNO mesti memimpin dalam melakukan perubahan drastik. Kita khuatir dengan situasi ini," jelasnya.

Beliau berkata, terdapat banyak program yang perlu dilaksanakan dan pemimpin akar umbi perlu bekerjasama dengan pemimpin atasan untuk melaksanakan perubahan tersebut.

Mengenai ekonomi negara, Muhyiddin berkata, keadaan Malaysia adalah lebih baik dalam menghadapi krisis ekonomi global berbanding negara lain.

Beliau yang baru kembali dari mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam rangka lawatan ke Bahrian, Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE), berkata walaupun negara tidak mengalami kemelesetan ekonomi namun situasi ekonomi global tidak berkembang.

"Rakyat Malaysia harus tabah menghadapi perubahan. Walaupun kita tidak menghadapi kemelesetan ekonomi namun perlu mengambil langkah meringankan impak krisis ekonomi global," katanya. - BERNAMA


p/s: harapan rakyat yang masih terus menyokong BN 'segerakanlah.....'

Tuesday, January 13, 2009

DAP MAIN WAYANG KULIT DI KT


PULAU PINANG 11 Jan. - Pertikaian pendapat dan sikap dolak-dalik pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang berhubung pelaksanaan hukum hudud tidak dapat diterima pengundi Cina di Kuala Terengganu.

Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai berkata, beliau amat yakin pengundi Cina akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil 17 Januari ini kerana mereka sememangnya menolak pelaksanaan hukum tersebut.

Katanya, DAP juga perlu memohon maaf kepada pengundi Cina di kawasan berkenaan kerana membuat kenyataan yang mengelirukan berhubung isu hukum hudud.

"Pendirian pakatan pembangkang dalam isu hukum hudud terutama DAP tidak konsisten. Pas mahu hudud, DAP tak setuju dengan Pas tetapi mahukan sokongan pengundi Cina dan juga mahu memenangi hati pengundi Cina.

"Apa ini? Mereka hanya main wayang kulit dan tidak meletakkan rakyat di hati. Kini, mereka sedang kelam-kabut dan tidak tahu apa yang patut dilakukan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat MCA negeri di sini hari ini.

Tiong Lai yang melawat Kuala Terengganu baru-baru ini berkata, MCA sentiasa tegas dengan pendiriannya dalam isu berkaitan hukum hudud dan secara terus-terang menolaknya.

Beliau berkata, MCA akan memberi penjelasan kepada pengundi Cina bahawa hukum hudud tidak sesuai dalam konteks masyarakat dan budaya di negara ini yang bersifat majmuk.

Oleh itu katanya, pengundi Cina perlu memberi sokongan padu kepada calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh supaya kemenangan berpihak kepada BN kelak.

Katanya, sokongan pengundi Cina di Terengganu penting kerana ia dilihat dapat membantu mempertahankan sistem sedia ada, sekali gus mengelakkan keharmonian antara kaum yang dinikmati selama ini mengalami kehancuran.

"MCA kini giat menjalankan kempen memberi penerangan kepada pengundi Cina supaya mereka tidak dikelirukan dengan wayang kulit mainan pemimpin parti pembangkang," ujarnya.

Katanya, beliau juga amat gembira melihat reaksi pengundi Cina di Kuala Terengganu terhadap aktiviti yang dijalankan bersama Wan Ahmad Farid.

Biar pun suasana kempen di kawasan berkenaan agak sengit namun beliau yakin usaha calon BN dan komitmen ahli komponen parti yang lain memberi keyakinan BN mampu mempertahankan kawasan itu. - Utusan


p/s - bukan wayang kulit tapi Opera Cina......

Wednesday, January 7, 2009

PRK Kuala Terengganu

Melihat pada hari pencalonan BN nampak selesa untuk mengekalkan kerusi di Parlimen Kuala Terengganu. Diharap prestasi UMNO dan BN begini akan berterusan sehingga hari pembuangan undi. InsyaAllah rakyat di Parlimen tersebut akan terus menyokong BN demi kesejahteraan dan pembangunan. Kepada petugas-petugas BN bekerjalah dengan penuh hemah dan bertanggungjawab agar kita terus kekal di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

Thursday, January 1, 2009

TAHUN BARU 2009


Salam..

Tahun baru menjelma kembali. Moga tahun 2008 menjadi sejarah yang harus dikenang oleh parti keramat kita UMNO. Tahun yang mengharu birukan senario politik negara. Jadikanlah ia sebagai satu pengajaran agar kita bisa bangkit dengan lebih gagah menentang arus politik yang berbeza dari masa lalu.

Kini 2009 muncul dengan lembaran kita harus berdepan Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Marilah kita dari setiap Bahagian bergabung tenaga untuk memastikan tahun ini kita akan menjadi parti yang terus relevan untuk orang melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya, dengan menjadikan Kuala Terengganu pencetus kemenangan yang berterusan.

Hidup MELAYU!!!!!

-setiausaha-